Pertama kali aku pergi acara berendoi buaian. Selama ni pernah beberapa kali aku shoot majlis bercukur bayi, tapi setakat baca tahlil, berzanji sikit2 & seterusnya bercukur.

Masuk2 je kawasan rumah, kawan2 Israuha dah siapkan tempat berzanji tu dgn cantik. Teddy bear2 & chocolates bergantungan kat dinding. Aku tengok budak2 kecik mcm terliur je tengok benda2 bergantungan tu. Hehe sebenarnya aku pun terliur gak.. tapi kaver2.. macho.

Then tak lama lepas tu bermula lah acara tahlil, diikuti dgn bercukur & seterusnya berendoi. Lupa nak ckp, keluarga suami Israuha org Seri Menanti, Negeri Sembilan. & rumah mereka dekat juga lah dgn kawasan istana. Kalau korg ni org bandor.. sure ramai yg tak tau yg org2 kat Seri Menanti masih kuat berpegang dgn adat2 Melayu Minangkabau (then again, ni assumption aku lah, based on my observation. I may be wrong, so correct me if thats the case). On the way ke rumah Israuha, rasa kagum tengok rumah2 lama yg bercirikan Melayu Minangkabau - dgn ukiran2 yg cantik & bentuk yg unik.

Anyways, bila tiba ke upacara berendoi, iaitu acara yg aku tak pernah tengok... aku berasa sayu bila mendengo bait2 syair yg dialunkan oleh org2 yg berzanji tersebut. Lupa plak nak explain, berendoi tu adalah selepas acara bercukur, baby tu dimasukkan ke dalam buaian lalu dibuai oleh ibu masing.. lagi satu aku lupa nak explain, ada 2 baby... sorg lagi baby adalah anak buah Israuha yg lelaki.

berbalik kepada bait2 syair tadi. sedap sungguh kata2nya... & sangat2 menyayukan hati. its about mothers and what they had to endure semasa mengandungkan kita disamping pesanan2 buat sianak bila anak2 meningkat dewasa.

jika ibumu miskin... yadda yadda yadda
jika ibumu kaya.. yadda yadda yadda


rasa mcm nak salin lirik.. tapi kang nampak tak macho plak photographer sempat nak salin lirik kan?

sedar2 israuha dah mula lap2 muka. aku ingatkan disbbkan peluh, rupa2nya dia menangis. mmg sedih...

i wonder if i can find the lyrics utk syair2 tu...

anyhoo... here are some of the photos.... (baru preview oke)


beautiful hannah










uwaaaaa... rambutkuuuuu

.... tomorrow will uploading a preview of another wedding, taken yesterday.

0 comments: